Promosi pelancongan ke negara Asia Tengah perlu diperhebat - KP ITC

KUALA TERENGGANU: Pemain industri pelancongan di negara ini disaran lebih fokus dan aktif dalam menarik pelancong Asia Tengah, kata Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC), Datuk Seri Abdul Khani Daud.Katanya usaha itu perlu dilakukan sekiranya mahu Malaysia terus kekal menduduki tempat pertama indeks pelancongan Islam global seperti yang diiktiraf Indeks Penarafan Pelancongan Muslim Global MasterCard-Crescent (GMTI), selama sembilan tahun berturut-turut.Bagaimanapun, tahun ini, buat julung kalinya kedudukan pertama itu terpaksa dikongsi bersama Indonesia."Kita dah masuk ke negara seperti Kazakhstan dan Uzbekistan, tetapi masih banyak negara yang belum diteroka seperti Turkmenistan, Tajikistan, Bosnia dan Rusia sendiri yang ada ramai masyarakat Muslim. "ITC ada membuat kajian berkaitan tingkah laku dan pilihan masyarakat di negara-negara ini dan didapati berpotensi besar untuk masuk kerana mereka melihat Malaysia sebagai negara Islam yang kuat dan selesa untuk pelancongan Islamik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Pelancongan Islam di sini pada Isnin.Simposium yang pertama kali diadakan di luar Kuala Lumpur itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Haslina Abdul Hamid dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Budaya dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.Mengulas lanjut, Abdul Khani berkata mengikut data yang dikeluarkan GMTI, sektor pelancongan Islamik dunia dianggarkan bernilai US$212 bilion pada 2020 dan peluang itu wajar direbut oleh Malaysia bagi meningkatkan ekonomi negara.Sementara itu, beliau berkata ITC telah menyenaraikan institusi sekolah pondok sebagai antara produk yang berpotensi untuk dimajukan di bawah segmen pelancongan pendidikan Islam.Sehubungan itu, pihaknya sedang mengenal pasti sekolah-sekolah pondok yang sesuai untuk dijadikan sebagai pusat pelancongan pendidikan bagi menarik tumpuan pelancong terutama dari Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand."Sekarang ini pun dah ada pelancong dari sana yang datang untuk belajar agama di Malaysia, tetapi ia tidak distrukturkan dengan kemas dan teratur."Oleh itu kita nak buat benda ini (pelancongan berasaskan sekolah pondok) dengan sistematik dan mungkin juga boleh dijadikan konsep inap desa atau melawat rakan dan saudara," katanya.-- BERNAMA Let's block ads! (Why?)

Promosi pelancongan ke negara Asia Tengah perlu diperhebat - KP ITC
KUALA TERENGGANU: Pemain industri pelancongan di negara ini disaran lebih fokus dan aktif dalam menarik pelancong Asia Tengah, kata Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC), Datuk Seri Abdul Khani Daud.

Katanya usaha itu perlu dilakukan sekiranya mahu Malaysia terus kekal menduduki tempat pertama indeks pelancongan Islam global seperti yang diiktiraf Indeks Penarafan Pelancongan Muslim Global MasterCard-Crescent (GMTI), selama sembilan tahun berturut-turut.

Bagaimanapun, tahun ini, buat julung kalinya kedudukan pertama itu terpaksa dikongsi bersama Indonesia.

"Kita dah masuk ke negara seperti Kazakhstan dan Uzbekistan, tetapi masih banyak negara yang belum diteroka seperti Turkmenistan, Tajikistan, Bosnia dan Rusia sendiri yang ada ramai masyarakat Muslim.

"ITC ada membuat kajian berkaitan tingkah laku dan pilihan masyarakat di negara-negara ini dan didapati berpotensi besar untuk masuk kerana mereka melihat Malaysia sebagai negara Islam yang kuat dan selesa untuk pelancongan Islamik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Pelancongan Islam di sini pada Isnin.

Simposium yang pertama kali diadakan di luar Kuala Lumpur itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Haslina Abdul Hamid dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Budaya dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.

Mengulas lanjut, Abdul Khani berkata mengikut data yang dikeluarkan GMTI, sektor pelancongan Islamik dunia dianggarkan bernilai US$212 bilion pada 2020 dan peluang itu wajar direbut oleh Malaysia bagi meningkatkan ekonomi negara.

Sementara itu, beliau berkata ITC telah menyenaraikan institusi sekolah pondok sebagai antara produk yang berpotensi untuk dimajukan di bawah segmen pelancongan pendidikan Islam.

Sehubungan itu, pihaknya sedang mengenal pasti sekolah-sekolah pondok yang sesuai untuk dijadikan sebagai pusat pelancongan pendidikan bagi menarik tumpuan pelancong terutama dari Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand.

"Sekarang ini pun dah ada pelancong dari sana yang datang untuk belajar agama di Malaysia, tetapi ia tidak distrukturkan dengan kemas dan teratur.

"Oleh itu kita nak buat benda ini (pelancongan berasaskan sekolah pondok) dengan sistematik dan mungkin juga boleh dijadikan konsep inap desa atau melawat rakan dan saudara," katanya.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)