Kertas undi Pilpres 2019 ditemui di Kajang: Tunggu kenyataan KPN - Sumber

KUALA LUMPUR: Kekecohan timbul pada Khamis susulan satu video yang tular di media sosial menunjukkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu sebuah gudang di Kajang yang menempatkan kertas undi Pemilihan Umum Presiden Indonesia (Pilpres) 2019 yang ditebuk.Menurut sumber polis yang dihubungi, hasil siasatan polis tidak akan didedahkan sehingga siasatan selesai dijalankan.Tambahnya, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dijangka akan mengeluarkan kenyataan berkenaan insiden tersebut dalam masa terdekat. Sementara itu, media Indonesia melaporkan, wakil daripada Komisi Pemilihan Umum, badan yang menyelenggara pilihan raya di republik itu akan hadir ke Malaysia awal pagi esok untuk memantau situasi.Laporan awal menyebut, kertas undi yang ditemui mempunyai kesan ditebuk, cara undi ditandakan, untuk nama calon kem nombor 1, Joko Widodo dan Ma'ruf Amin dan calon legislatif dari Partai Nasdem.Astro AWANI turut menghubungi Ketua Panitia Pemungutan Luar Negeri Kuala Lumpur, Agung Cahaya Sumirat, namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan sehingga kini.Laporan media Indonesia juga berkata Badan Pengawas Pemilu ingin undian di Malaysia yang dijadual pada 14 April dihentikan sementara.Sebelum ini, ia dilaporkan ratusan karung beg mengandungi kertas undi Pilpres 2019 ditemui di dua tempat sekitar Kajang.Let's block ads! (Why?)

Kertas undi Pilpres 2019 ditemui di Kajang: Tunggu kenyataan KPN - Sumber
KUALA LUMPUR: Kekecohan timbul pada Khamis susulan satu video yang tular di media sosial menunjukkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu sebuah gudang di Kajang yang menempatkan kertas undi Pemilihan Umum Presiden Indonesia (Pilpres) 2019 yang ditebuk.

Menurut sumber polis yang dihubungi, hasil siasatan polis tidak akan didedahkan sehingga siasatan selesai dijalankan.

Tambahnya, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dijangka akan mengeluarkan kenyataan berkenaan insiden tersebut dalam masa terdekat.

Sementara itu, media Indonesia melaporkan, wakil daripada Komisi Pemilihan Umum, badan yang menyelenggara pilihan raya di republik itu akan hadir ke Malaysia awal pagi esok untuk memantau situasi.

Laporan awal menyebut, kertas undi yang ditemui mempunyai kesan ditebuk, cara undi ditandakan, untuk nama calon kem nombor 1, Joko Widodo dan Ma'ruf Amin dan calon legislatif dari Partai Nasdem.

Astro AWANI turut menghubungi Ketua Panitia Pemungutan Luar Negeri Kuala Lumpur, Agung Cahaya Sumirat, namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan sehingga kini.

Laporan media Indonesia juga berkata Badan Pengawas Pemilu ingin undian di Malaysia yang dijadual pada 14 April dihentikan sementara.

Sebelum ini, ia dilaporkan ratusan karung beg mengandungi kertas undi Pilpres 2019 ditemui di dua tempat sekitar Kajang.

Let's block ads! (Why?)