Inkues Adib: Soalan patah tulang rusuk tak relevan - Saksi pakar

SHAH ALAM: Persoalan bagaimana tulang rusuk anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim patah yang dibincangkan di Mahkamah Koroner tidak relevan.Sebaliknya, saksi ke-29, bekas pakar forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Prof Dr Shahrom Abdul Wahid berpendapat tumpuan perlu diberikan kepada kecederaan ketika malam kejadian yang mengakibatkan kematian anggota bomba itu."Hendak membincangkan patah secara teliti, soalan ini tidak relevan, yang penting apa yang berlaku malam itu," katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah berhubung tulang rusuk Muhammad Adib yang patah (depan dan belakang) yang dibincangkan sejak prosiding bermula hari ini. Semalam, pihaknya merumuskan tulang rusuk Muhammad Adib patah di dada kanan (2 hingga 5) dan bahagian belakang (3 dan 4) akibat hentakan daun pintu jentera EMRS yang mungkin dilakukan oleh lebih dua individu.Dr Shahrom berkata, adalah lebih baik untuk meneliti CT scan yang dikeluarkan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) daripada yang dikeluarkan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana CT scan dari SJMC dilakukan sejurus selepas kejadian rusuhan."CT scan HKL sudah ada 'inteference' (pergerakan) kerana ia dilakukan selepas Muhammad Adib menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN)," jelasnya kepada Mahkamah Koroner pada hari ke-24 prosiding.Bagaimanapun, Dr Shahrom mengaku tidak berada di lokasi kejadian ketika proses lakonan semula dilakukan di lokasi kejadian kerana telah memperoleh bahan bukti yang mencukupi."Penting untuk pergi ke tempat kejadian untuk dapatkan gambaran jelas, bagaimanapun saya ambil keputusan tidak pergi ke tempat kejadian sebab semua maklumat yang saya perlukan sudah diberikan dalam dokumen," katanya lagi.Sesi lakonan semula telah dijalankan sebanyak empat kali oleh pihaknya bersama anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.Let's block ads! (Why?)

Inkues Adib: Soalan patah tulang rusuk tak relevan - Saksi pakar
SHAH ALAM: Persoalan bagaimana tulang rusuk anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim patah yang dibincangkan di Mahkamah Koroner tidak relevan.

Sebaliknya, saksi ke-29, bekas pakar forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Prof Dr Shahrom Abdul Wahid berpendapat tumpuan perlu diberikan kepada kecederaan ketika malam kejadian yang mengakibatkan kematian anggota bomba itu.

"Hendak membincangkan patah secara teliti, soalan ini tidak relevan, yang penting apa yang berlaku malam itu," katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah berhubung tulang rusuk Muhammad Adib yang patah (depan dan belakang) yang dibincangkan sejak prosiding bermula hari ini.

Semalam, pihaknya merumuskan tulang rusuk Muhammad Adib patah di dada kanan (2 hingga 5) dan bahagian belakang (3 dan 4) akibat hentakan daun pintu jentera EMRS yang mungkin dilakukan oleh lebih dua individu.

Dr Shahrom berkata, adalah lebih baik untuk meneliti CT scan yang dikeluarkan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) daripada yang dikeluarkan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana CT scan dari SJMC dilakukan sejurus selepas kejadian rusuhan.

"CT scan HKL sudah ada 'inteference' (pergerakan) kerana ia dilakukan selepas Muhammad Adib menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN)," jelasnya kepada Mahkamah Koroner pada hari ke-24 prosiding.

Bagaimanapun, Dr Shahrom mengaku tidak berada di lokasi kejadian ketika proses lakonan semula dilakukan di lokasi kejadian kerana telah memperoleh bahan bukti yang mencukupi.

"Penting untuk pergi ke tempat kejadian untuk dapatkan gambaran jelas, bagaimanapun saya ambil keputusan tidak pergi ke tempat kejadian sebab semua maklumat yang saya perlukan sudah diberikan dalam dokumen," katanya lagi.

Sesi lakonan semula telah dijalankan sebanyak empat kali oleh pihaknya bersama anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.

Let's block ads! (Why?)