Felda dakwa ditipu Najib Razak

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada Isnin telah membuat satu laporan polis dengan mendakwa telah ditipu oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembelian saham syarikat Indonesia, Eagle High Plantations (EHP), lapor The Edge Markets.Dalam laporan polisnya, Ketua Pengarah Felda Datuk Dr Othman Omar mendakwa, Najib yang juga Menteri Kewangan keitka itu telah mengarahkan agensi itu membuat transaksi pada 2015 melalui syarikat tujuan khas (SPV) FIC Properties Sdn Bhd (FPSB) untuk membeli 37 peratus saham EHP pada harga AS$505 juta (RM2.3 bilion), di mana nilai saham itu hanya AS$114 juta.The Edge mendakwa telah melihat laporan polis yang dibuat oleh Dr Othman yang mendakwa Elda telah 'dipaksa' membeli syarikat EHP. Beberapa agensi termasuk FGV Bhd, Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan Lembaga Getah Malaysia telah ditawarkan untuk membeli EHP yang dimiliki oleh Peter Sondakh.Othman mendakwa terdapat banyak risiko dalam urusan pembelian syarikat itu kerana EHP tidak memiliki akreditasi Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO).Menurut Dr Othman, Felda telah diberikan pinjaman sebanyak RM8.4 bilion dari GovCo Holdings Bhd (GovCo), syarikat subsidiari di bawah Kementerian Kewangan ketika itu untuk tujuan pembelian EHP.Kerana itu, kata Dr Othman, Felda terpaksa menanggung kerugian RM1.576 bilion setakat 31 Disember 2017.Nilai pembelian itu ketika ini adalah RM555 bilion, kata Othman lagi.Othman turut menamakan beberapa individu lain antaranya bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, penggantinya Tan Sri Shahrir Samad, selain bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim yang didakwa turut memainkan peranan dalam perkara itu. Let's block ads! (Why?)

Felda dakwa ditipu Najib Razak
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada Isnin telah membuat satu laporan polis dengan mendakwa telah ditipu oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembelian saham syarikat Indonesia, Eagle High Plantations (EHP), lapor The Edge Markets.

Dalam laporan polisnya, Ketua Pengarah Felda Datuk Dr Othman Omar mendakwa, Najib yang juga Menteri Kewangan keitka itu telah mengarahkan agensi itu membuat transaksi pada 2015 melalui syarikat tujuan khas (SPV) FIC Properties Sdn Bhd (FPSB) untuk membeli 37 peratus saham EHP pada harga AS$505 juta (RM2.3 bilion), di mana nilai saham itu hanya AS$114 juta.

The Edge mendakwa telah melihat laporan polis yang dibuat oleh Dr Othman yang mendakwa Elda telah 'dipaksa' membeli syarikat EHP.

Beberapa agensi termasuk FGV Bhd, Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan Lembaga Getah Malaysia telah ditawarkan untuk membeli EHP yang dimiliki oleh Peter Sondakh.

Othman mendakwa terdapat banyak risiko dalam urusan pembelian syarikat itu kerana EHP tidak memiliki akreditasi Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO).

Menurut Dr Othman, Felda telah diberikan pinjaman sebanyak RM8.4 bilion dari GovCo Holdings Bhd (GovCo), syarikat subsidiari di bawah Kementerian Kewangan ketika itu untuk tujuan pembelian EHP.

Kerana itu, kata Dr Othman, Felda terpaksa menanggung kerugian RM1.576 bilion setakat 31 Disember 2017.

Nilai pembelian itu ketika ini adalah RM555 bilion, kata Othman lagi.

Othman turut menamakan beberapa individu lain antaranya bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, penggantinya Tan Sri Shahrir Samad, selain bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim yang didakwa turut memainkan peranan dalam perkara itu.

Let's block ads! (Why?)