Dr Sahruddin Jamal, Menteri Besar Johor ke-17

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini.Beliau, yang turut menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, 9.30 pagi tadi. Menurut kenyataan Pejabat Media Rasmi Istana, turut menyaksikan istiadat itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, serta menantu Sultan Johor, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.Dr Sahruddin, 43 tahun, menggantikan Datuk Osman Sapian yang telah diperkenankan peletakan jawatannya oleh Sultan semalam. BERITA LANJUT MENYUSUL... Let's block ads! (Why?)

Dr Sahruddin Jamal, Menteri Besar Johor ke-17
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini.

Beliau, yang turut menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, 9.30 pagi tadi.

Menurut kenyataan Pejabat Media Rasmi Istana, turut menyaksikan istiadat itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, serta menantu Sultan Johor, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Dr Sahruddin, 43 tahun, menggantikan Datuk Osman Sapian yang telah diperkenankan peletakan jawatannya oleh Sultan semalam.


BERITA LANJUT MENYUSUL...

Let's block ads! (Why?)