Am : Penyambungan semula projek ECRL bukanlah sebagai pertukaran bagi Jho Low

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Penyambungan semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) susulan pemeterian perjanjian tambahan dengan China bukanlah sebagai pertukaran bagi ahli perniagaan Malaysia yang kini hidup sebagai orang pelarian, Low Taek Jho atau Jho Low, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau berkata kerajaan Malaysia akan mendapatkan bantuan kerajaan China sekiranya Jho Low benar-benar berada di China. Menurut laporan terkini media, Jho Low, yang didakwa menjadi dalang dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dipercayai tinggal di China, dan baru-baru ini dikatakan melakukan perjalanan ke Hainan, Hong Kong dan Beijing.Selain Malaysia, Jho Low juga sedang diburu Singapura dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat."Bagaimanapun sudah tentulah kami akan mendapatkan bantuan kerajaan China sekiranya dia benar-benar berada di China," kata Dr Mahathir dalam sidang akhbar mengenai projek ECRL, di sini hari ini, ketika ditanya sama ada perjanjian ECRL ditandatangani sebagai pertukaran untuk China membantu mengesan Jho Low.Mengenai ECRL, Dr Mahathir berkata jajaran baharu itu akan memberi keutamaan kepada faktor kebudayaan, warisan dan alam sekitar dengan mengelakkan Rabung Kuarzit Klang Gates di Gombak Selangor, sebuah daripada rabung kuarza tulen terpanjang di dunia.Beliau berkata ini akan dilakukan dengan mengelak pembinaan Terowong Genting sepanjang 17.8km dari Bentong ke Gombak."Ini disebabkan struktur gunung di sepanjang laluan. Jika kita mahu melakukannya, kita perlu menggali begitu banyak terowong, selain itu, bahan yang ada di situ kebanyakannya silika yang kita boleh gunakan untuk tujuan lain. Kami tidak mahu mengganggu mendapan itu," katanya.Mengenai keseluruhan jajaran ECRL, Dr Mahathir berkata jarak 640km ECRL yang dicadangkan itu akan merentasi 20 stesen, dari Kota Bahru melalui Kuala Terengganu, Kuantan, Mentakab dan diteruskan hingga ke Jelebu, Bangi/Kajang, Putrajaya Sentral serta Port Klang.Oleh itu, beliau berkata jajaran itu kini akan merentasi lima negeri dan Putrajaya, daripada empat negeri sebelum ini, membolehkan lebih banyak negeri mengambil bahagian dalam manfaat ekonomi hasil daripada perjanjian yang ditambah baik itu."Jajaran selatan yang baharu itu akan turut menyediakan rangkaian darat langsung dari Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang, bertindak sebagai jambatan darat antara kedua-dua pelabuhan itu.Dr Mahathir berkata jajaran baharu itu akan memanfaatkan Rangkaian Rel Ekspres (ERL) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang sedia ada selain Laluan Transit Aliran Massa 2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) di masa depan, dengan pertukaran di Putrajaya Sentral. "Ini akan menambah baik sistem ketersambungan penumpang di kawasan lain di Pantai Barat Semenanjung di samping menyediakan rangkaian terus ke KLIA," katanya."Ia merupakan penambahbaikan yang signifikan kepada pertukaran menerusi LRT (Transit Aliran Ringan) dalam ITT (Terminal Pengangkutan Bersepadu) Gombak sepertimana aturan sebelum ini,” katanya.Dr Mahathir berkata penumpang yang kini menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari bahagian selatan Semenanjung akan melakukan pertukaran ECRL di stesen ECRL Bangi/Kajang seperti yang dicadangkan.-- BERNAMALet's block ads! (Why?)

Am : Penyambungan semula projek ECRL bukanlah sebagai pertukaran bagi Jho Low
PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Penyambungan semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) susulan pemeterian perjanjian tambahan dengan China bukanlah sebagai pertukaran bagi ahli perniagaan Malaysia yang kini hidup sebagai orang pelarian, Low Taek Jho atau Jho Low, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan Malaysia akan mendapatkan bantuan kerajaan China sekiranya Jho Low benar-benar berada di China.


Menurut laporan terkini media, Jho Low, yang didakwa menjadi dalang dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dipercayai tinggal di China, dan baru-baru ini dikatakan melakukan perjalanan ke Hainan, Hong Kong dan Beijing.

Selain Malaysia, Jho Low juga sedang diburu Singapura dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

"Bagaimanapun sudah tentulah kami akan mendapatkan bantuan kerajaan China sekiranya dia benar-benar berada di China," kata Dr Mahathir dalam sidang akhbar mengenai projek ECRL, di sini hari ini, ketika ditanya sama ada perjanjian ECRL ditandatangani sebagai pertukaran untuk China membantu mengesan Jho Low.

Mengenai ECRL, Dr Mahathir berkata jajaran baharu itu akan memberi keutamaan kepada faktor kebudayaan, warisan dan alam sekitar dengan mengelakkan Rabung Kuarzit Klang Gates di Gombak Selangor, sebuah daripada rabung kuarza tulen terpanjang di dunia.

Beliau berkata ini akan dilakukan dengan mengelak pembinaan Terowong Genting sepanjang 17.8km dari Bentong ke Gombak.

"Ini disebabkan struktur gunung di sepanjang laluan. Jika kita mahu melakukannya, kita perlu menggali begitu banyak terowong, selain itu, bahan yang ada di situ kebanyakannya silika yang kita boleh gunakan untuk tujuan lain. Kami tidak mahu mengganggu mendapan itu," katanya.

Mengenai keseluruhan jajaran ECRL, Dr Mahathir berkata jarak 640km ECRL yang dicadangkan itu akan merentasi 20 stesen, dari Kota Bahru melalui Kuala Terengganu, Kuantan, Mentakab dan diteruskan hingga ke Jelebu, Bangi/Kajang, Putrajaya Sentral serta Port Klang.

Oleh itu, beliau berkata jajaran itu kini akan merentasi lima negeri dan Putrajaya, daripada empat negeri sebelum ini, membolehkan lebih banyak negeri mengambil bahagian dalam manfaat ekonomi hasil daripada perjanjian yang ditambah baik itu.

"Jajaran selatan yang baharu itu akan turut menyediakan rangkaian darat langsung dari Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang, bertindak sebagai jambatan darat antara kedua-dua pelabuhan itu.

Dr Mahathir berkata jajaran baharu itu akan memanfaatkan Rangkaian Rel Ekspres (ERL) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang sedia ada selain Laluan Transit Aliran Massa 2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) di masa depan, dengan pertukaran di Putrajaya Sentral.

"Ini akan menambah baik sistem ketersambungan penumpang di kawasan lain di Pantai Barat Semenanjung di samping menyediakan rangkaian terus ke KLIA," katanya.

"Ia merupakan penambahbaikan yang signifikan kepada pertukaran menerusi LRT (Transit Aliran Ringan) dalam ITT (Terminal Pengangkutan Bersepadu) Gombak sepertimana aturan sebelum ini,” katanya.

Dr Mahathir berkata penumpang yang kini menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari bahagian selatan Semenanjung akan melakukan pertukaran ECRL di stesen ECRL Bangi/Kajang seperti yang dicadangkan.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)