Am : Kedah antara negeri setuju naik tarif air - exco

ALOR SETAR, 15 April (Bernama) -- Kedah merupakan antara enam negeri yang bersetuju dengan rancangan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli untuk menaikkan tarif air bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan bekalan kepada pengguna.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri, Zamri Yusuf bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak bersetuju dengan cadangan kenaikan tarif sebanyak 20 peratus seperti dikemukakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). "Jumlah tersebut tidak sesuai, kita tidak setuju dengan jumlah tersebut tetapi bukan tolak terus (cadangan menaikkan tarif air)"Sebelum naikkan kadar tarif, kita mahu pastikan rakyat di negeri ini sentiasa berupaya membayar kadar air tersebut selain mahu pastikan perkhidmatan bekalan air itu sendiri perlu ditambah baik," katanya kepada pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Mesyuarat Keempat Penggal Pertama DUN Ke-14 di sini, hari ini.Rabu lepas, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar dilaporkan berkata rundingan untuk menaikkan tarif air giat dijalankan kerana kadar berkenaan tidak pernah disemak dalam tempoh 20 tahun dan enam negeri sudah bersetuju dengan cadangan berkenaan.Sementara itu, semasa menjawab pertanyaan mulut pada sidang DUN hari ini, Zamri memberitahu bekalan air di Kedah mencukupi dengan paras air di lima empangan di negeri ini mencatatkan bacaan yang memuaskan serta mampu menampung keperluan domestik dan pertanian sepanjang tahun ini.Beliau berkata paras air itu dianggap terkawal kerana Empangan Beris, Empangan Muda, Empangan Ahning, Empangan Malut dan Empangan Pedu mampu menampung air melebihi tempoh tiga bulan yang ditetapkan pada musim panas.Katanya, takungan air di Empangan Beris sehingga semalam berada pada paras 56.31 peratus yang dijangka mencukupi sehingga 18 Jun 2019; Empangan Muda (47.80 peratus) sehingga 24 April 2019, Empangan Ahning (67.25 peratus) sehingga Okt 2019, Empangan Malut (75 peratus) sehingga 21 Sept 2019 dan Empangan Pedu pada 79.64 peratus sehingga Mei 2020."Pada permulaan musim panas, kita bimbang bekalan air tidak cukup dan hanya mampu bertahan dalam tiga bulan, tapi kini cuaca sudah berubah dan hujan, itu menyebabkan kedudukan paras air lebih baik dan dapat bertahan lebih lama dari tempoh jangkaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Suraya Yaacob (BN-Sungai Tiang) yang ingin tahu mengenai bacaan paras sumber bekalan air terkini di Kedah dan jangkaan untuk tempoh tiga bulan pada musim panas ini.-- BERNAMALet's block ads! (Why?)

Am : Kedah antara negeri setuju naik tarif air - exco
ALOR SETAR, 15 April (Bernama) -- Kedah merupakan antara enam negeri yang bersetuju dengan rancangan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli untuk menaikkan tarif air bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan bekalan kepada pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri, Zamri Yusuf bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak bersetuju dengan cadangan kenaikan tarif sebanyak 20 peratus seperti dikemukakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).


"Jumlah tersebut tidak sesuai, kita tidak setuju dengan jumlah tersebut tetapi bukan tolak terus (cadangan menaikkan tarif air)

"Sebelum naikkan kadar tarif, kita mahu pastikan rakyat di negeri ini sentiasa berupaya membayar kadar air tersebut selain mahu pastikan perkhidmatan bekalan air itu sendiri perlu ditambah baik," katanya kepada pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Mesyuarat Keempat Penggal Pertama DUN Ke-14 di sini, hari ini.

Rabu lepas, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar dilaporkan berkata rundingan untuk menaikkan tarif air giat dijalankan kerana kadar berkenaan tidak pernah disemak dalam tempoh 20 tahun dan enam negeri sudah bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Sementara itu, semasa menjawab pertanyaan mulut pada sidang DUN hari ini, Zamri memberitahu bekalan air di Kedah mencukupi dengan paras air di lima empangan di negeri ini mencatatkan bacaan yang memuaskan serta mampu menampung keperluan domestik dan pertanian sepanjang tahun ini.

Beliau berkata paras air itu dianggap terkawal kerana Empangan Beris, Empangan Muda, Empangan Ahning, Empangan Malut dan Empangan Pedu mampu menampung air melebihi tempoh tiga bulan yang ditetapkan pada musim panas.

Katanya, takungan air di Empangan Beris sehingga semalam berada pada paras 56.31 peratus yang dijangka mencukupi sehingga 18 Jun 2019; Empangan Muda (47.80 peratus) sehingga 24 April 2019, Empangan Ahning (67.25 peratus) sehingga Okt 2019, Empangan Malut (75 peratus) sehingga 21 Sept 2019 dan Empangan Pedu pada 79.64 peratus sehingga Mei 2020.

"Pada permulaan musim panas, kita bimbang bekalan air tidak cukup dan hanya mampu bertahan dalam tiga bulan, tapi kini cuaca sudah berubah dan hujan, itu menyebabkan kedudukan paras air lebih baik dan dapat bertahan lebih lama dari tempoh jangkaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Suraya Yaacob (BN-Sungai Tiang) yang ingin tahu mengenai bacaan paras sumber bekalan air terkini di Kedah dan jangkaan untuk tempoh tiga bulan pada musim panas ini.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)